Saturday, January 9, 2010

Sambutan Maal Hijrah 1431H

Salam Maal Hijrah buat semua. Alhamdulillah pada 25hb Disember 2009 bersamaan 8 Muharam 1431H, Surau Taman Murai Jaya dengan kerjasama JKKK Simpang Ampat dan MMK Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, telah menganjurkan Majlis Forum Perdana. Majlis ini telah diadakah di Dewan Chong Kuang, Sg. Bakap SPS, jam 9.00 malam.

Ahli panel yang di undang pada malam itu adalah :
1. Ustaz Dato' Ismail Kamus
(Tidak dapat hadir & digantikan dengan Dr. Jamnul Azhar bin Hj Mulkan)
2. Ustaz Dr. Badrul Amin bin Baharom
3. Ustaz Mahizam bin Md Lazim
4. Pengerusi Forum : Ustaz Ahmad Zaki bin Mohd Nor

Majlis bermula dengan penyampaian sajak dan syair Maal Hijrah oleh Saudara Udin Fitri. Kehadiran pada malam itu dianggarkan sekitar 1500 orang yang memenuhi ruang dalam dan luar dewan. Turut hadir pada malam itu ialah En Johari bin Kassim (Ahli Majlis MPSP) yang mewakili TKM1 YB Dr Mansor bin Othman yang tidak dapat hadir kerana sedang berada di luar negara. Juga YB Tuan Law Choo Kiang, ADUN Bukit Tambun merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berada hingga ke akhir majlis. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Simpang Ampat, SPS, Encik Hafizi bin Hj Mohammad.

Di sini bagi pihak Surau Taman Murai Jaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Forum Perdana sempena Maal Hijrah ini. Terutamanya kepada MMK Pembangunan Luar Bandar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, JKKK Simpang Ampat, Jime Jati Indah Mulia Enterprise, Sima Beauty Inspiration dan FIMFA Group Sdn Bhd (Wira Muda FC) yang telah menaja peralatan dan perhiasan dewan pada majlis tersebut. Tidak di lupakan juga kepada pihak berkuasa Polis yang telah memberikan permit untuk majlis ini.






























No comments:

Post a Comment