Sunday, January 10, 2010

Sumbangan Persekolahan 2010

Dalam kesibukan menyambut tahun baru 2010, Surau Taman Murai Jaya sekali lagi menganjurkan majlis amal bersempena permulaan persekolah bagi tahun 2010.

Dengan berbekalkan sedikit kewangan dari tabung surau dan sumbangan, Surau Taman Murai Jaya telah mengenalpasti beberapa orang dari Taman Murai Jaya dan penduduk Islam yang berada berdekatan yang mengalami kesukaran dan kesusahan untuk pembiayaan persekolahan anak-anak mereka. Satu majlis telahpun diaturkan oleh AJK Surau untuk pergi menziarahi ke rumah-rumah berkenaan untuk di sampaikan sumbangan tersebut. Pada tahun ini seramai 12 keluarga telahpun di kenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan berupa wang tunai dan beg sekolah serta alatulis.

Pada malam tahun baru 2010 bermula dari selepas Isyak, sekumpulan AJK surau seramai 10 orang telahpun memulakan konvoi bermotosikal menuju rumah-rumah yang telahpun di senaraikan. Alhamdulillah majlis ini telah mendapat sambutan dari semua penduduk. Majlis ini berakhir pada pukul 11.30 malam. Sempatlah juga kami menyambut Tahun Baru 2010 di surau bersama-sama.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini akan dapat mengeratkan lagi persaudaraan sesama Islam di Taman Murai Jaya dan persekitaran. Di harap juga semua penduduk akan terus menyokong dan bekerjasama dengan AJK surau untuk mengimarahkan lagi Surau Taman Murai Jaya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment