Thursday, March 4, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Pada tanggal 28hb Februari bersamaan 14 Rabiul awal 1431H, gabungan 4 buah surau iaitu Surau Taman Murai Jaya, Surau Taman Merak, Surau Taman Merak Jaya dan Surau Flat Taman Idaman telahpun mengadakan suatu sambutan sempena Maulidur Rasul 1431H.

















Program dimulakan seawal 7.45 pagi iaitu perarakan yang bermula dari Surau Flat Taman Idaman, menuju ke Taman Merak Jaya, kemudian ke Taman Merak seterusnya ke Taman Murai Jaya dan kembali ke Taman Idaman iaitu tapak program sambutan maulidur Rasul 1431H pada tahun ini.
Perarakan yang mendapat sambutan yang sungguh memberansangkan, dianggarkan hampir 600 orang yang telah hadir untuk menyertai perarakan tersebut.


















Perarakan ini telah diiringi oleh Jabatan Penerangan Daerah SPS. Ribuan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Daerah SPS kerana telah sudi mengiringi perarakan ini.

                     

















Perarakan yang bermula pada pukul 8.00 pagi telahpun berakhir pada pukul 9.15 pagi. Semua para peserta diberi minuman ringan sementara menunggu kedatangan Datuk Mufti Pulau Pinang.
Bagi kanak-kanak pula diadakan peraduan mewarna. Terbahagi kepada 2 katogeri, iaitu 6 tahun hingga 9 tahun dan katogeri 2 adalah dari 10 hinggan 12 tahun.
















                 
Johan bagi katogeri 1 ialah Nor Iliani bt Abas dari Taman Merak, manakala johan bagi katagori 2 ialah Nur Adriana Afifah bt Mazli.



















               
Program diakhiri dengan Bicara Ilmu "Tanyalah Mufti" bersama Datuk Hj Hassan bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Perbagai persoalan telahpun diajukan kepada Datuk Mufti seperti hukum pelaburan saham (emas, ASN, ASB dan sebagainya). Permasaalahan berkenaan isu murtad, isu-isu semasa dan permasaalahan berkaitan hukum merokok. Di mana Datuk mufti telah mengatakan dengan jelas bahawa Fatwa bagi Negeri Pulau Pinang adalah merokok itu adalah HARAM. Begitu juga fatwa kebangsaan, cuma ianya di nasihat supaya tidak di gazetkan.

                        
















Program ini juga turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Simpang Ampat, SPS iaitu En. Mohd Hafizi bin Mohammad, Ketua Balai Polis Simpang Ampat dan Bukit Tambun, Pengerusi Masjid Simpang Ampat beserta para imam Masjid Simpang Ampat.

Penghargaan juga kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H. Hingga berjumpa lagi pada tahun depan di Surau Taman Merak jaya.

1 comment:

  1. Mengajar yang benar adalah tuntutan dan insyAllah akan perolehi pahala iaini sebagai balasan kerana kebaikan.

    Mengajar sesuatu yang bidaah ataupun merekacipta amalan yang dapat memecah belahkan masyarakat atau mengheret masyarakat ke arah amalan yang menyimpang adalah merupakan satu perbuatan yang keji.

    Taniah diatas usaha yang murni ini kerana amalan mulia adalah hanya amalan ahli-ahli syurga....

    ReplyDelete