Tuesday, April 13, 2010

Skim Takaful Khairat Kematian Surau Murai Jaya

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, Skim Takaful Khairat Kematian Surau Murai Jaya akan tamat tempohnya bagi sessi 2009/2010 pada 2hb Jun 2010 ini.

Semua peserta yang ingin meneruskan skim ini bolehlah menghubungi dan membuat pembayaran kepada Setiausaha (Mazli -0194575760) ataupun Bendahari (Anuar - 0194448680) Surau Murai Jaya sebelum 10hb Mei 2010 ini. Kepada yang berminat untuk menyertainya juga boleh berbuat demikian.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan Skim ini.

Pelan Takaful Khairat Kematian
Surau Murai jaya
tanpa perlu pemeriksaan kesihatan

Manfaat yang di tawarkan :
Perlindungan dan manfaat Takaful Khairat Kematian diatas semua sebab adalah seperti berikut:

AHLI YANG DILINDUNGI MANFAAT KEMATIAN

Ahli atau pasangan ( 18-65 Tahun ) RM1,000.00

Ahli atau pasangan ( 66-75 Tahun ) RM500.00

Anak ( Sehingga 3 kematian dalam satu tahun dari semua anak yang layak dalam keluarga tersebut ) RM500.00

Sumbangan tahunan adalah tetap iaitu sebanyak RM15.00 + RM5.00 (Pengurusan) setahun untuk satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu penjaga ( Suami / Isteri ) sahaja. Bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri maka setiap isteri dan anak anaknya akan dikenakan tambahan sumbangan sebanyak RM20.00 setahun, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga berasingan.

Pelan ini diperbaharui setiap tahun. Akad disempurnakan diantara Syarikat Pendendali Takaful dengan wakil Surau Murai Jaya.

Kelayakan:
Umur kelayakan : Bagi dewasa ialah 18 hingga 75 tahun manakala bagi kanak kanak ialah 6 bulan hingga 17 tahun. Anak anak yang berumur melebihi 17 tahun tetapi kurang dari 23 tahun layak dilindungi sekiranya mereka masih di bawah tanggunggan ibu bapa masing masing. Anak anak berumur 23 tahun keatas boleh menyertai mana mana pelan takaful atau menyertai pelan ini sebagai satu unit berasingan

Anak angkat : Ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan oleh jawatankuasa masjid menganai statusnya

Anak tiri : Anak kepada seorang duda atau janda yang dikahwini semasa tempoh sijil berkuatkuasa layak dilindungi

Anak yang cacat : Berumur diantara 6 bulan sehingga 23 tahun dan apabila berumur 23 tahun keatas hendaklah menyertai pelan ini sebagai unit yang berasingan dengan manfaat takaful sebagai ketua keluarga.

Perkahwinan : Ahli yang berkahwin selepas menyertai pelan ini di mana sijil masih dalam tempoh berkuatkuasa maka suami / isteri berkenaan serta tanggungngannya ( jika ada ) layak dimasukkan sebagai keluarga asas

Pengecualian:

Penceraian, bekas isteri atau suami kepada ahli hilang kelayakannya sebagai sebagahian keluarga asas dan tidak dilindungi di dalam pelan ini.

Semua jenis kematian yang bertentangan dengan prinsip prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan seperti mabuk, bunuh diri dan seumpanya adalah tidak dilindungi di dalam pelan ini

Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai hanya satu unit pelan ini

No comments:

Post a Comment