Saturday, July 24, 2010

Karnival Sukaneka Rakyat 2010

Surau Murai Jaya melangkah setapak lagi dengan menganjurkan Karnival Sukaneka Rakyat 2010. Karnival Sukaneka ini dianjurkan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pembangunan Luar bandar. Ia terbuka kepada semua penduduk Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Berbagai acara telahpun dicadangkan termasuk juga cabutan bertuah. Karnival Sukaneka ini akan diadakan pada 1 Ogos 2010 bermula 8.00 pagi. Ia akan dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Dr Mansor bin Othman.

No comments:

Post a Comment